BUKU PANDUAN MUDAH MEMBELI RUMAH PERTAMA ANDA
Sekiranya ada di antara para sahabat HBS yang bercadang hendak membeli rumah pertama, Admin mencadangkan supaya mtangguhkan dulu hasrat itu sehingga sahabat berjaya membaca dan memahami perkongsian yang terkandung dalam buku di atas.
Di samping mendedahkan tentang cara membeli rumah pertama, buku ini juga mendedahkan tentang pelaburan hartanah. Walaupun pendedahan tentang pelaburan hartanah tidak dibahas secara mendalam tetapi perkongsian yang disampaikan sungguh membuka minda dan menganjakkan paradigma orang yang hendak membeli rumah pertama dan belum pernah terdedah dengan pelaburan hartanah.
Ramai orang sanggup menghabiskan banyak wang dan masa selama berpuluh tahun bagi membayar hutang rumah tetapi tidak sanggup melaburkan sedikit wang dan masa untuk membeli dan membaca walaupun sebuah buku tentang panduan bijak dalam membeli rumah.
Admin doakan sahabat HBS sekalian tidak tergolong seperti kenyataan di atas. Hargai nilai wang dan masa yang kita ada dengan membaca sekurang-kurangnya buku ini sebelum membeli rumah pertama.
P/S: Admin telah membaca tidak kurang daripada 12 buku (salah satunya buku ini) dan telah menyertai 3 kali seminar tentang hartanah sebelum membeli rumah pertama di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment