Bagi memudahkan Anda melihat senarai buku yang kami edarkan, sila klik gambar di bawah. :)

Bagi memudahkan Anda melihat senarai buku yang kami edarkan, sila klik gambar di bawah. :)
Untuk melihat keterangan bagi setiap buku, sila tekan klik dua kali (double click) pada buku yang dipilih. Terima kasih.

Monday, April 1, 2013

BUKU SAAT BERHARGA UNTUK ANAK KITA - MOHAMMAD FAUZIL ADHIM



Keterangan:
- 277 halaman
- Dalam bahasa Indonesia yang mudah difahami

Harga: RM 23

Sepintas lalu tentang buku ini:

Anak-anak tak selamanya kecil. Kalau Allah beri mereka umur yang panjang, sebelum habis kekuatan kita utk berjalan dengan tegak dan berbicara dengan suara lantang, anak-anak kita yang kelmarin merengek meminta perhatian kita itu sekarang mungkin sudah sibuk memenuhi jadual kegiatannya yang sangat padat.

Anak-anakyang kelmarin menangis kerana kita tidak mahu mendampingi mereka untuk membacakan cerita, hari ini mungkin kita yang harus belajar menahan diri kerana sangat ingin mendengar cerita mereka dari lidah mereka sendiri.

Terimalah yang sedikit daripada anak, maka setiap anak akan menjadi istimewa di mata kita. Kelebihannya yang sedikit akan nampak berharga, sehingga kita bersemangat unttk menyebut-nyebutnya, memupuk dan mengembangkannya. Anak-anak kita boleh jadi tidak sehebat anak-anak rakan kita.

Akan tetapi, jika kehebatan yang kecil itu kita pupuk, dan kita terima dengan hangat, maka akan berubah menjadi kekuatan yang dahsyat.

Maafkanlah kesulitan yang dihasilkannya, maka dada kita akan terasa lebih lapang menghadapi mereka. Kita lebih mampu menerima mereka apa adanya.

Banyak ibu bapa yang berhasil mendidik anaknya bukan kerana kepandaiannya mendidik anak, tetapi kerana doa-doa mereka yang tulus. Banyak orang tua yang caranya mendidik salah jika dilihat dari sudut pandangan psikologi, tetapi anak-anaknya tumbuh menjadi penyejuk mata yang membawa kebaikan disebabkan amat besarnya pengharapan orang tuanya. Diantara mereka ada yang selalu membasahi penghujung malam dengan airmata untuk merintih kepada Allah SWT.

Kadang-kadang seperti tidak berkait langsung, tetapi amal bergantung kepada niatnya. Seorang ibu menyedekahkan hartanya kerana mengharap redha Allah dan penjagaan iman ke atas anak-anaknya, lalu Allah tegakkan dinding di hati anak sehingga tak terjangkau oleh kerosakan yang ada di sekitarnya.

Seja o primeiro a comentar

Payment Confirmation

Nama
E-mail
Nombor Telefon
Jenis pembayaran
Pilihan Bank Maybank
CIMB
Keterangan Bayaran [Jumlah RM | Tarikh | Masa]
Alamat Penghantaran

Click here to put a form like this on your site.

  ©HIKMAH BOOK SHOP - Todos os direitos reservados.

Template by Dicas Blogger | Topo