BUKU LEAVING MICROSOFT TO CHANGE THE WORLD
Sepintas lalu tentang buku ini:
Ditulis berdasarkan pengalaman sebenar penulis, iaitu John Wood, pengasas NGO yang bernama Room to Read.
Setelah sembilan tahun bekerja di Microsoft, John Wood telah berjaya memegang jawatan tinggi sebagai salah seorang eksekutif di Microsoft, mendapatkan gaji yang besar, serta kelebihan-kelebihan lainnya. Hanya saja dia memiliki satu masalah, iaitu sukar mendapatkan masa lapang bagi dirnya sendiri.
Suatu saat dia memutuskan untuk bercuti seketika daripada kesibukan kerjanya. Dia memilih untuk bercuti ke Himalaya, Nepal, sebuah percutian yang mengubah hidupnya.
Di Himalaya, dia menempuh perjalanan sejauh 200 batu selama 20 hari. Dalam perjalanan, dia melawat sebuah sekolah kampung yang memiliki sebuah perpustakaan dengan buku yang tersimpan kemas di dalam sebuah almari yang selalu berkunci. Jumlah buku dalam almari itu boleh dihitung dengan jari. Sedangkan jumlah pelajar sekolah itu begitu ramai. Kebanyakan buku-buku itu adalah hadiah yang diberikan oleh pelancong yang pernah melawat sekolah itu. Malangnya, buku-buku tersebut tidak sesuai dengan keperluan pendidikan para pelajar.
John Wood mencari cara supaya kanak-kanak di sekolah itu boleh menikmati keindahan pendidikan sebagaimana yang pernah ia rasakan dulu. Ia kemudian membuat rancangan bagi mendapatkan sumbangan buku daripada kenalannya untuk disumbangkan kepada sekolah itu.
Kisah bagaimana usahanya dalam mengumpulkan sumbangan sangat menarik untuk dibaca dan diikuti.
Setelah meninggalkan Microsoft dia mendirikan sebuah NGO yang dinamakan Books for Nepal dan kemudian bertukar nama menjadi Room to Read. NGO ini pada awalnya hanya bergerak di Nepal. Tapi kemudian terus berkembang ke negara lain seperti Vietnam, Kemboja dan India bagi membantu pendidikan kanak-kanak yang kurang mampu daripada sudut kewangan.
Sebuah buku yang inspiratif. Sesuai bagi setiap orang yang ingin dan sedang melakukan perubahan dalam hidup.
P/S: Sekiranya Anda ingin mendapatkan salinan buku di atas secara PERCUMA, sila like [Hikmah Book Shop] di facebook. Terima kasih. :)
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment